Skip to main content

Jejak Seseorang Tanpa Mereka Sedari

Pernah tak rasa nak tahu lokasi seseorang tanpa mereka sedar? Mesti pernah kan. Tapi sayangnya apa yang kita boleh buat adalah hanya dengan meminta mereka sendiri menghantar lokasi mereka. Selalunya melalui aplikasi Whatapp. Jika mereka tidak mahu mengongsikan lokasi mereka? Tak boleh la nak tahu kan.

Jadi hari, saya akan mengongsikan cara nak “track” seseorang dengan mudah dan ada kemungkinan besar mereka tidak perasan bahawa telah mengongsikan lokasi mereka. Caranya adalah dengan menggunakan alamat IP mereka. 
PENAFIAN: ARTIKEL INI ADALAH HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN SAHAJA. 
ADMIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA APA YANG BERLAKU. 

Apa pula tu alamat IP? IP adalah singkatan kepada “Internet Protocol”. Fungsinya adalah untuk melabel kan peranti pintar anda di alam internet. Kita boleh bayangkan macam ni.

Apabila anda melayari laman sesawang seperti Youtube.com dan klik pada satu video, anda menghantar satu “request” kepada pangkalan data Youtube yang menyatakan bahawa anda nak tonton video tersebut. Dan pangkalan data Youtube pula akan menghantar kembali data (berbentuk video) kepada anda. Tapi bagaimana Youtube nak hantar kepada peranti anda, pada masa yang sama beribu ribu lagi peranti membuat perkara yang sama dengan anda. Disini berfungsinya alamat IP. Youtube akan menghantar video itu kepada anda mengikut alamat IP yang anda, dan ini membolehkan Youtube tidak tersalah hantar video kepada peranti orang lain.

Jadi apa kaitannya? Selain itu, alamat IP ini boleh memberi maklumat seseorang dengan tepat (lingkungan 65m). Jika anda mempunyai alamat IP seseorang. Anda boleh menggunakan laman sesawang seperti untuk jejak mereka. Tapi macam mana nak dapatkan alamat IP?

Terdapat banyak laman sesawang yang memberikan servis ini secara percuma, akan tetapi apa yang saya paling rekomen adalah iplogger.org dan grabify.link. Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan betapa mudahnya untuk mengetahui lokasi seseorang dan serba sedikit maklumat tentang peranti mereka menggunakan iplogger.org.

Langkah pertama:
Pergi ke laman sesawang iplogger.org

Langkah kedua:
Klik pada Location Tracker.


Langkah ketiga:
Boom, tracker anda telah siap. Senang bukan? Iyep, tak perlu login pon. 

Menggunakan link yang telah diberikan. Anda dah boleh forwardkan kepada sesiapa yang anda nak jejak. Setelah mereka telah menekan link tersebut, anda boleh pergi ke laman statistic view untuk mengetahui lokasi mereka. 



Image memaparkan maklumat ringkas yang dapat dikutip oleh lawan web ini. Maklumat adalah seperti jenis telco, jenis telefon, alamat IP dan paling utama adalah LOKASI MEREKA.



Jika anda perasan, anda tidak boleh klik pada peta lokasi untuk mendapatkan “direction”. Jadi anda secara asasnya tidak boleh bergerak menuju kepada lokasi mangsa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu “right click” pada logo peta, pergi pada "Inspect" dan mengambil koordinat secara manual. (Hanya boleh dilakukan di komputer)




Apabila sudah berjaya mendapatkan koordinat tersebut, anda boleh “copy and paste” pada aplikasi – aplikasi GPS seperti Apple Map, Google Map atau pun Waze. Dengan cara ini, anda boleh dapatkan “direction” mereka. 


Itu sahaja langkah mudah untuk mengetahui lokasi seseorang tanpa mereka sedari. Jika anda menyukai artikel ini, sila kongsikan artikel ini di media sosial anda. Bagi tahu saya kalau anda berjaya di ruang komen di bawah.

p/s:
Download aplikasi pembelian atas talian terbaik di Malaysia sekarang.

Klik => SHOPEE

Gunakan code "ZARIF224" semasa checkout dan nikmati potongan sebanyak RM7 untuk pembelian kali pertama.



Comments

Popular posts from this blog