Skip to main content

Xiaomi Black Shark: Gaming Phone Pertama Keluaran Xiaomi


Xiaomi Black Shark


Xiaomi Black Shark telah diumumkan pelancarannya pada April 2018. Semenjak itu, syarikat Xiaomi secara rasminya mempunyai gaming phone tersendiri. Telefon pintar ini bukanlah calang – calang, ia mampu bertanding dengan gaming phone popular yang lain seperti gaming phone keluaran Razer. Mari lihat reka bentuk dan spesifikasi telefon ini.   


Tentang Xiaomi

Xiaomi adalah syarikat milik persendirian yang membangun dan menjual telefon pintar yang menjalankan sistem peranti Android. Xiaomi juga membangunkan gadget – gadget yang lain seperti televisyen , pembersih udara, dan tablet. Menggunakan user interface yang tersendiri ; MIUI, Xiaomi mempunyai  keistimewaan tersendiri dalam mereka bentuk perisian mereka.

Apa dalam kotak?

Didatangkan dengan telefon pintar Xiaomi Black Shark dan asas yang lain; power adapter, kabel pengecas USB type C, type C kepada AUDIO adapter, silicon phone case dan manual pengguna.
Xiaomi Black Shark juga didatangkan dengan Bluetooth joystick buatan Xiaomi sendiri!

Design dan body make


Xiaomi Black Shark mempunyai reka bentuk yang menarik dan amat memaparkan ciri-ciri gaming terutama di bahagian belakang telefon. Mempunyai logo  berbentuk “S” yang berubah-ubah warnanya sangat menarik perhatian dan memberikan rasa profesional. Didatangkan dengan dua warna iaitu hitam (Polar Night) dan putih (Sky Gray), gaming phone ini menyediakan variasi warna yang lebih banyak berbanding Razor gaming phone.


Telefon pintar ini mempunyai saiz skrin yang sama dengan Mi Note 5 iaitu 5.9 inch skrin sentuh.  Di bahagian kanan terdapat butang kuasa dan butang kawalan kuasa dan di bahagian bawah terdapat lubang pengecas yang menggunakan USB type C. Gaming phone ini tidak mempunyai earphone jack dan menggunakan teknologi Bluetooth untuk menggantikannya. Bagi saya, ciri ini tidak sesuai kerana Bluetooth earphone mempunyai penggunaan bateri yang tinggi dan boleh mengurangkan jangka hayat bateri untuk sekali pengecasan. Walaubagaimanapun, telefon pintar ini didatangkan dengan type C kepada audio untuk membolehkan earphone biasa dipakai. 

Hardware dan performance

Daripada segi komponen dalaman pula,  Xiaomi Black Shark hampir tiada beza berbanding Razer gaming phone malah ada sesetengah komponen Xiaomi Black Shark lebih hebat. Sebagai contoh, penggunaan chipset Qualcomn Snapdragon 845  pada Xiaomi Black Shark dan Qualcomn Snapdragon 835 pada Razor phone. Dengan chipset ini, Xiaomi Balck Shark mepunyai clock speed sehingga 2.8GHz mengalahkan Razor phone hanya dengan 2.45GHz. Juga membolehkan Xiaomi Black Shark mempunyai RAM chipset yang lebih tinggi


Disesuaikan dengan non-removable 4000mAh bateri, telefon pintar ini mampu menjangkau sehigga 7-8 jam penggunaan biasa. Juga mempunyai ciri fast charging (9V/2A).

Untuk keluaran kilang, Xiaomi Black Shark didatangkan dengan 6GB RAM dan 64GB storage atau 8GB RAM dan 128GB storage serta tidak boleh ditambah.

Xiaomi Black Shark tidak direka untuk mengambil gambar tetapi ia mempunyai duo lenses masing masing dengan 12MP dan 20MP di bahagian belakang dan 20MP kamera di bahagian hadapan. Dengan ciri ini, telefon ini tiada masalah dalam mengambil gambar.

Ciri yang paling menarik adalah telefon pintar  ini mempunyai sistem penyejukkan cecair (liquid cooling system)!. Gaming phone keluaran Xiaomi adalah gaming phone pertama yang mempunyai ciri seperti ini.  Sudah pasti telefon ini tidak mempunyai masalah dalam overheating sekali gus mengingatkan prestasinya.


Selain itu, seperti yang dinyatakan diatas, Xiaomi Black Shark ini didatangkan sekali dengan Bluetooh gaming joystik.  Joystik ini bukan seperti kebanyakan gaming joystick yang lain tetapi direka khas untuk telefon pitar  ini sahaja.


Dalam pasaran Malaysia, Xiaomi Black Shark boleh didapati bermula dengan harga RM1999 mengikut spesifikasi.





Comments

  1. Wah! ni sudah boleh menyaingi iPhone X juga Razer Phone..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog