Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Jejak Seseorang Tanpa Mereka Sedari

Pernah tak rasa nak tahu lokasi seseorang tanpa mereka sedar? Mesti pernah kan. Tapi sayangnya apa yang kita boleh buat adalah hanya dengan meminta mereka sendiri menghantar lokasi mereka. Selalunya melalui aplikasi Whatapp. Jika mereka tidak mahu mengongsikan lokasi mereka? Tak boleh la nak tahu kan.
Jadi hari, saya akan mengongsikan cara nak “track” seseorang dengan mudah dan ada kemungkinan besar mereka tidak perasan bahawa telah mengongsikan lokasi mereka. Caranya adalah dengan menggunakan alamat IP mereka.  PENAFIAN: ARTIKEL INI ADALAH HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN SAHAJA.  ADMIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA APA YANG BERLAKU. 
Apa pula tu alamat IP? IP adalah singkatan kepada “Internet Protocol”. Fungsinya adalah untuk melabel kan peranti pintar anda di alam internet. Kita boleh bayangkan macam ni.
Apabila anda melayari laman sesawang seperti Youtube.com dan klik pada satu video, anda menghantar satu “request” kepada pangkalan data Youtube yang menyatakan bahawa and…