Skip to main content

Panggilan Daripada Google? Google Duplex




Google Assistant ialah pembantu maya yang terdapat dalam telefon pintar dan peranti pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Bermula dengan Google Voice Search dan Google Now, pihak pembangunan perisian telah menaik taraf perisian sebelum ini dan mencipta Google Assistant. Dengan adanya perisian ini, pengguna boleh mengalami interaksi dua hala dengan peranti pintar.
Baru-baru ini, pihak Google telah mengumumkan fungsi satu subprogram yang terdapat pada Google Assistant iaitu Google Duplex pada pembentangan Google I/O 2018.

Google Duplex? Apa tu?

Google Duplex adalah suatu program dalam Google Assistant yang berfungsi sebagai menerima dan melakukan panggilan. Dengan perisian ini, pengguna dapat melakukan panggilan tanpa mengalami pengalaman sebenar membuat panggilan tersebut. Google Duplex bukanlah direka untuk menggantikan manusia dalam melakukan kerja-kerja seperti live call customer service tetapi untuk menjalankan tugas-tugas yang spesifik atau yang disebut oleh Google sebagai "closed domain". Sebagai contoh, Google Assistant diminta untuk melakukan tempahan makan malam secara panggilan telefon dan bukan untuk berborak.



Kenapa bunyi macam orang biasa?

Daripada apa yang disumberkan daripada blog Google AI, pihak Google menggunakan concatenative text to speech (TTS) engine dan digabungkan dengan Google AI untuk mengeluarkan output seperti "hmmm" dan "uh". Penjanaan output adalah berdasarkan pengambilan data input yang secara meluas dari segi kata dan juga cara tutur kata dan ini membolehkan Google Duplex menghasilkan output yang lebih bersifat manusia. 

Tahap pembangunan Google Duplex

Secara umumnya, Google Duplex adalah satu perisian yang baharu. Video di Youtube tentang pembentangan Google Duplex baru dimuat naik pada 8 Mei 2018. Dalam pembentangan Google I/O ini, Google Duplex melakukan demo panggilan tempahan meja restoran, menjadualkan spa rambut dan mencari maklumat waktu pembukaan perniagaan.

Bila Google Duplex akan dilancarkan?

Google akan mula melancarkan versi cubaan pada pengguna beta pada musim panas di bahagian kawasan Barat. Tetapi tarikh pelancaran sebenar masih belum diumumkan.

Comments

Popular posts from this blog