Skip to main content

Huawei P20 Review


Pada March 27, 2018, jenama telefon pintar gergasi dari China telah mengumumkan pengeluaran model terbaru iaitu Huawei P20. Huawei telah hadir dengan Huawei P1 pada tahun 2012 dan merupakan antara telefon pintar terawal yang mengunakkan sistem operasi Android. Daripada permulaan tersebut, Huawei terus maju dalam menambah baik produk keluaran mereka. 

Apa dalam kotak?

Huawei P20 didatangkan sekali dengan Huawei P20 itu sendiri, power adapter, type C USB cable dan user manual.

Design dan body make


Telefon pintar ini diperbuat dengan aluminium alloy dan mempunyai bentuk yang amat cantik. Bahagian belakang telefon pintar ini mempunyai finishing yang baik dan agak memantul. Dengan paparan 5.8 inches, ianya agak besar sedikit jika dibandingkan dengan Xiaomi Mi Note 3 dan kecil berbanding Xiaomi Redmi Note 5. USB type C dan speker dibahagian bawah. Dibahagian kanan, terdapat power button dan volume control button. Jika anda perasan, telefon ini tidak mempunyai finger print scanner dibahagian belakang tetapi terdapat pada home button. Seperti biasa, produk Android memang pantas dalam pemprosesan finger print. Selain itu, anda juga boleh mengekses Huawei P20 dengan face ID. 


Design skrin P20 adalah sama dengan produk terbaru Apple iaitu Iphone 10. Menggunakan paparan yang besar dan memenuhi bahagian hadapan. Tetapi telefon pintar ini memeberi anda pilihan untuk menyembunyikan atau memaparkan screen notch ini.  


Hardware dan peformance

Keluaran kilang hanya membekalkan 4GB RAM dan 128GB storage. Huawei P20 dilengkapi dengan chip set daripada syarikatnya sendiri iaitu Hisilicon Kirin 970. Telefon ini juga mengunakan sistem operasi Android 8.1 (Oreo).


Dibahagian belakang terdapat duo kamera dan masing-masing dengan 12MP dan 20MP. Telefon pintar ini berkebolehan dalam merakam 4K video dan mengambil gambar dengan resolusi yang jelas. Kamera hadapan pula memberikan pengalaman swafoto dengan 24MP. 


Huawei juga telah membangunkan program pemprosesan imej yang dikenali sebagai Master AI. Dengan teknologi ini, cara penangkapan foto boleh dibahagikan mengikut keadaan untuk memberikan imej yang memuaskan.


Telefon pintar ini menyokong fast charging dan juga menggunakan non-removable Li-Po 3400 mAh bateri. Ini memberikan penggunaan sehingga 7 jam.

Di pasaran Malaysia, Huawei P20 boleh didapati bermula pada harga RM2188 dengan variasi warna biru, hitam atau merah jambu. Warna ungu masih belum memasuki pasaran Malaysia.


Secara keseluruhannya, Huawei P20 adalah sebuah telefon pintar yang canggih dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti Master AI, face ID lock dan fast charging.


Beli di sini (Top Recommend)

Huawei P20  Shopee Explore

Huawei P20  RM2210 - RM2340

Huawei P20  RM2452

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog