Skip to main content

Xiaomi Mi Band 2: Selepas 3 Bulan


Xiaomi Mi Band 2 adalah sebuah jam pintar buatan syarikat dari China iaitu Xiaomi. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti step counter, heart rate monitor dan sleep tracker. Jam pintar ini sesuai untuk aktiviti - ativiti lasak dan fitness. Selepas tiga bulan penggunaan, ini adalah review saya. 

Apa dalam kotak


Xiaomi Mi band 2 di datangkan dengan jam pintar Xiaomi Mi Band 2, kabel pengecas dan manual penguna.

Design dan body make


Direka dengan rubber strap, Mi Band 2 sememangnya tahan lasak. Design Mi Band 2 tidaklah memberikan penampakan mewah seperti Apple watch atau Samsung Gear, tetapi jam pintar memberikan rasa yang selesa semasa dipakai. 

Mi Band 2 mengunakan 0.42-inch paparan OLED yang terang dan berbentuk bujur. Paparan ini dapat memaparkan kandungan dengan jelas walaupun di bawah cahaya yang terang. Terdapat satu control button di bahagian hadapan. Control button mempunyai sensitivti yang tinggi dan dapat diaktifkan dengan sentuhan yang lembut. Dibahagian bawah terdapat charging port dimana hanya boleh disesuaikan dengan kabel pengecas yang dibekalkan.

Hardware dan performance

Mi Band 2 sememangnya tahan lasak dan kalis air dimana paparan itu sendiri kalis calar. Paparan OLED boleh memaparkan total steps, calories burned, distance travelled dan batery life. Mi Band 2 dilengkapi dengan optical heart-rate sensor yang berfungsi untuk mengira denyutan nadi dengan tepat. Dilengkapi dengan 70mAh bateri, penggunaan jam pintar ini boleh tahan sehingga 2 minggu dengan satu kali pengecasan.

Syarikat Xiaomi tidak membuat produk jam pintar sahaja, tetapi syarikat tersebut juga membinan software yang diserasikan dengan jam pintar ini. Aplikasi Mi Fit berjalan lancar dikedua-dua Android dan IOS. Software Mi Fit dibina dengan design yang simple untuk memudahkan pengunaannya.



Di dalam software ini, anda dapat mengekses pebagai ciri menarik seperti melihat jumlah langkah, calori burned dan fungsi alarm. Data yang dijana oleh jam pintar ini boleh diintergrasikan dan diproses oleh aplikasi Health oleh IOS atau Google Fit oleh Android. Data yang dijana memberikan status kesihatan anda. Tidak lupa, jam pintar ini juga boleh memaparkan nama panggilan jika telefon anda menerima panggilan.



Selama tiga bulan penggunaan, Mi Band 2 berfungsi dengan sangat baik. Paparan yang menarik dan bateri yang tahan lama juga memberikan pengalaman penggunaan yang bagus. Xiaomi Mi Band 2 boleh didapati dengan harga bermula dengan RM83.







Comments

  1. Ni yang best ni .. waterproof.. saya pun terfikir nak beli Mi Band 2 ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog